Jumaat, 4 Mac 2011

Beg Kertas

Assalamualaikum ..

lama tak jumpa !!

untuk kali ini  admin nk tunjuk cara-cara hendak membuat buat beg kertas. mungkin ada pembaca yang dah tau. tapi tidak mengapa. ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang anda :)

untuk permulaan, anda memerlukan ...
1. kertas pembalut hadiah
2. gam
3. gunting
4. riben untuk hiasan

mari kita mulakan !!

mula-mula, lipatkan kertas menjadi dua lipatan tetapi, jangan sampai hujung. seperti ini


kemudian, lipatkan hujung kertas hingga ke garisan yang terhasil daripada lipatan tadi. buat kedua-dua belah kertas


letakkan sedikit gam di hujung kertas 


dan cantumkan kedua-dua hujung kertas tadi. seperti ini


kemuadian, lipatkan sedikit kertas kebahagian dalam


seterusnya, lipatkan sedikit kertas di bahagian hujung untuk membuat tapak beg tersebut.


potong garisan di setiap sudut sehingga aras lipatan yang telah dilipat






kemudian bentukkan bahagaian yang digunting tadi supaya menjadi tapak untuk beg kertas


jadilah seperti ini ...


untuk membuat tampat pemegang, anda boleh melakukan mengikut kreativiti anda sendiri. ataupun anda boleh menggunakan penebuk lubang dan meletakkan riben untuk dijadikan pemegang.

untuk bahagian tapak, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. bentukkan tapak mengikt kreativiti anda supaya lebih menarik.


antara hasil yang telah Kelab Pengguna SMK Seksyen 19 siapkan ...